Serangan udara Israel di Gaza ragut dua nyawa

 Foto AFP

GAZA, 24 Ogos – Sekurang-kurangnya dua orang, termasuk kanak-kanak lelaki terkorban dan tujuh lagi cedera dalam dua serangan berasingan Israel di Gaza pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang kanak-kanak, Mohammad Abdel-Salam Taha, disahkan meninggal dunia akibat serpihan dan kecederaan di hospital.
  • Serangan udara memusnahkan sebuah bangunan di Zawayda selepas tentera Israel memberi amaran supaya pemilik meninggalkan kawasan itu.
  • Penduduk yang kehilangan tempat tinggal, Abu Ahmed, berkata kejadian itu menunjukkan tiada gencatan senjata dan mereka mahukan keamanan.
  • Serangan kedua berlaku di kem pelarian Nuseirat; pegawai kesihatan Gaza lapor lebih 1,280 rakyat Palestin terbunuh sejak gencatan senjata Oktober lalu.

Menurut pegawai kesihatan Palestin, serpihan dan pecahan objek akibat letupan bertebaran sehingga puluhan meter dan mencederakan sekurang-kurangnya enam orang, termasuk kanak-kanak berkenaan, Mohammad Abdel-Salam Taha, yang kemudian disahkan meninggal dunia di hospital.

Serangan udara Israel memusnahkan sebuah bangunan di Zawayda, tengah Gaza, selepas tentera Israel memberi amaran kepada pemiliknya supaya meninggalkan kawasan itu.

Di Zawayda, seorang penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal dan berlindung berhampiran bangunan itu, Abu Ahmed, berkata keadaan berkenaan menunjukkan tiada gencatan senjata.

“Kami mahukan penyelesaian, kami mahu hidup dalam keadaan aman,” katanya.

Manakala, serangan kedua berlaku di kem pelarian Nuseirat yang terletak berhampiran.

Menurut pegawai kesihatan Gaza, lebih 1,280 rakyat Palestin terbunuh sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada Oktober lalu.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.