fb fb fb fb fb

PM lulus RM1 juta untuk baik pulih kuaters IPD Marang

Anwar Ibrahim (depan) melakukan tinjuan di kuarters IPD Marang hari ini

MARANG, 10 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sejumlah RM1 juta kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang bagi menampung kos membaik pulih 20 unit kuarters yang rosak.

Anwar berharap peruntukan tersebut dapat memberi keselesaan kepada penghuni kuarters berkenaan.

"Saya luluskan (peruntukan) hari ini, minggu depan Insya-Allah sampai RM1 juta (kepada IPD Marang). Jadi minta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ambil tindakan segera.

"Saya tidak peduli apapun cara, tapi saya nak cepat selesaikan supaya kita boleh bawa 20 keluarga masuk (mendiami kuaters)," katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama warga KDN negeri Terengganu di Dewan Seri Kapas, IPD Marang di sini hari ini.

SITI AISHAH MD ISA