KUALA LUMPUR, 14 April- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa menziarahi mantan Bendahari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman di hospital.
Dalam perkongsian di media sosialnya hari ini, Datuk Seri Anwar mendoakan agar Syed Ibrahim akan segera sembuh dan dikurniakan keafiatan berpanjangan.
Beliau turut berasa gembira melihat keadaan Syed Ibrahim yang kini berada dalam keadaan baik.
Selain itu, beliau sempat mengimbau kembali dan bicara panjang terutamanya kenangan ketika mereka berdua dalam gerakan belia Islam dan aktivisme suatu ketika dahulu.