
KUALA LUMPUR, 4 Oktober – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus berhubung kematian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.
- Siasatan perlu dijalankan untuk mengenal pasti punca kematian dan fakta sebenar kejadian.
- Jika terdapat unsur jenayah, tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang.
- Perdana Menteri menyampaikan ucapan takziah dan mendoakan keluarga agar diberi kekuatan.
- Kerajaan tekankan keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama dan tidak akan berkompromi.
Beliau berkata, siasatan perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian serta perkara sebenar yang berlaku dalam kejadian itu.
“Jika terdapat unsur jenayah, tindakan tegas hendaklah diambil mengikut undang-undang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Perdana Menteri turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan waris allahyarham serta mendoakan mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan berkenaan.
Tegas beliau, keselamatan kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama dan kerajaan tidak akan berkompromi dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara.