PM adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura sempena lawatan negara

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam bersempena Lawatan Negara tiga hari ke Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kedua-dua pemimpin meluangkan masa bersama sebelum menghadiri program yang dijadualkan.
  • Turut hadir Datuk Seri Mohamad Hasan; Steven Sim Chee Keong; dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
  • Lawatan rasmi pertama Presiden Tharman sejak mengangkat sumpah September 2023, pertemuan ringkas itu memperkukuh hubungan dan kerjasama pelbagai bidang.

Pertemuan yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara itu berlangsung kira-kira 40 minit sebelum kedua-dua pemimpin menghadiri program yang dijadualkan.

Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim; serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Lawatan Presiden Tharman ke Malaysia dari 13 hingga 15 Julai merupakan lawatan rasmi pertama beliau sejak mengangkat sumpah sebagai Presiden Singapura pada September 2023.

Lawatan itu mencerminkan hubungan erat Malaysia dan Singapura yang terus diperkukuh menerusi kerjasama dalam pelbagai bidang demi kepentingan bersama.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.