fb fb fb fb fb

PGSM sedia tawar bantuan kepada mangsa GISBH

Foto RTM

SEREMBAN, 25 September– Usaha Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) untuk bekerjasama dan menawarkan bantuan, khususnya dalam hal-hal berkaitan syariah kepada mangsa, terutama isteri dan anak-anak yang diselamatkan daripada Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH), mendapat sambutan positif.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan, menyatakan sokongan terhadap usaha itu demi memastikan kebajikan serta masa depan mangsa yang terlibat lebih terjamin dan terbela.

"Alhamdulillah, kita ingin mengucapkan terima kasih kepada PGSM dan mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dalam menangani isu-isu berkaitan hal ehwal agama.

"Kita merasakan bahawa dalam konteks hari ini, kita perlu memikirkan tentang apa yang boleh dilakukan untuk menjaga kebajikan dan masa depan anak-anak serta mereka yang terlibat. Syukur, kita melihat beberapa pihak seperti PGSM tampil menawarkan khidmat daripada pelbagai perspektif," katanya selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan Kali ke-8 2024 di sini.

Beliau turut menegaskan bahawa setiap jentera dan gerak kerja harus diselaraskan bersama-sama dengan semua agensi serta pihak berkaitan untuk mewujudkan keharmonian dalam menangani isu itu secara menyeluruh.

"Bantuan pemulihan kepada mangsa juga akan diberikan secara komprehensif, meliputi semua aspek seperti akidah, pendidikan, ekonomi, dan kebajikan, agar masalah dapat diselesaikan secara tuntas, bukan secara serpihan," katanya.

BERITA BERKAITAN:

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM