fb fb fb fb fb

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46, Ke-47 perkukuh kesepaduan rantau - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 Disember- Malaysia menggalas amanah Kepengerusian ASEAN 2025 pada ketika dunia berdepan keresahan dan ketidaktentuan, dengan ASEAN kekal berpegang pada semangat kebersamaan, dialog serta saling menghormati sebagai teras utama kerjasama serantau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dan Ke-47 menjadi platform penting untuk menyatukan pandangan negara anggota serta merapatkan jurang persefahaman dalam menangani pelbagai cabaran semasa dan masa depan rantau ini.

"Tahun ini turut mencatat detik bersejarah apabila Timor-Leste diterima sebagai keluarga baharu ASEAN."

"Setulus penghargaan dirakamkan kepada seluruh sahabat ASEAN serta pimpinan dunia yang hadir dengan kebijaksanaan dan keikhlasan demi kestabilan serta masa depan bersama rantau ini," kata kenyataan itu.

Tambahnya, kepengerusian itu mengangkat Malaysia sebagai rakan yang diyakini dalam usaha mengekalkan keamanan, kestabilan dan harapan di rantau ini.

"Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan dan layanan mesra yang dihulurkan kepada para tetamu sepanjang tahun ini," jelasnya.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM