Peruntukan RM1 juta untuk kerja baik pulih PPR Taman Desa Mutiara – PM

Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 17 Mei– Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Desa Mutiara, Johor Bahru bakal menerima peruntukan RM1 juta bagi membiayai kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan infrastruktur di kawasan berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri umum pada Majlis Ramah Mesra bersama rakyat di perumahan itu.
  • Arahan kepada Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah, untuk segera berbincang dengan wakil penduduk mengenal pasti agihan perbelanjaan.
  • Perdana Menteri mahu laporan dalam dua minggu dan ancam tindakan tegas jika tiada perkembangan.
  • Tegas tidak mahu projek diumumkan hanya menjelang pilihan raya; majlis turut dihadiri ribuan penduduk dan Menteri Komunikasi.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di perumahan tersebut, petang tadi.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse untuk segera mengadakan perbincangan bersama wakil penduduk bagi mengenal pasti agihan perbelanjaan dana berkenaan sebelum dibentangkan dalam tempoh dua minggu.

“Pendekatan saya tidak seperti dahulu. Kalau dahulu, selepas empat bulan diumumkan, tiada sebarang perkembangan. Sekarang, saya mahu dalam tempoh dua minggu sudah ada laporan kepada saya, sebelum tindakan tegas diambil.”

“Kita tidak mahu rakyat muak apabila projek hanya diumumkan menjelang Pilihan Raya Umum. Diumumkan pelbagai projek, tetapi selepas dua bulan, malah setahun, masih tiada perkembangan, dan hanya apabila hampir pilihan raya baharu ada cerita,” tegas beliau.

Majlis ramah mesra yang dihadiri ribuan penduduk setempat itu turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.