Agensi kerajaan dan badan penguat kuasa di Indera Mahkota-Kuantan terima sumbangan lembu korban

Majlis penyerahan sumbangan lembu korban di Masjid Tengku Abdullah Al-Haj, Chengal Lempong

KUANTAN, 17 Mei – Agensi kerajaan, badan penguat kuasa, masjid, surau dan pertubuhan komuniti di kawasan Parlimen Indera Mahkota serta sekitar Kuantan menerima sumbangan lembu korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Majlis penyerahan sumbangan di Masjid Tengku Abdullah Al-Haj, Chengal Lempong berlangsung pada hari Sabtu.
  • Sumbangan bertujuan memastikan ibadah korban berjalan lancar dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.
  • Program mencerminkan komitmen memperkukuh nilai kebajikan, memupuk semangat gotong-royong dan dijangka memberi manfaat kepada komuniti.

Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah diadakan di Masjid Tengku Abdullah Al-Haj, Chengal Lempong pada hari Sabtu dengan kehadiran pelbagai wakil agensi dan komuniti setempat.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata dalam kenyataan hari ini, sumbangan berkenaan bertujuan membantu memastikan pelaksanaan ibadah korban tahun ini berjalan lancar di samping mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.

“Program tahunan itu mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh nilai kebajikan, memupuk semangat gotong-royong serta menyantuni masyarakat di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan masjid, agensi yang terlibat, sukarelawan serta para penyumbang yang bersama-sama menjayakan program tersebut.

Menurut kenyataan itu, program berkenaan diharap dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat dan menyemarakkan semangat kebersamaan menjelang sambutan Aidiladha yang bakal tiba pada 27 Mei ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.