
JOHOR BAHRU, 17 Mei – Pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura (JS-SEZ) menjadi bukti keberkesanan strategik Kerajaan Madani dalam menterjemah kemakmuran ekonomi yang memberi manfaat langsung kepada negeri dan rakyat.
- Projek JS-SEZ ditujukan menarik pelaburan besar, menyumbang sebahagian besar pelaburan di Johor tahun ini.
- Pemberian penekanan pada ketersambungan dan mobiliti pintu masuk negara dengan sistem baharu dan infrastruktur canggih berperingkat.
- Menangani kesesakan di Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar sebagai keutamaan untuk melancarkan pergerakan orang dan barangan.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, projek hasil kerjasama dua negara itu berjaya menarik pelaburan besar.
Ia merangkumi 66 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan di Johor, dalam tempoh tahun ini.
Pihaknya turut memberi penekanan terhadap aspek ketersambungan dan mobiliti di pintu masuk negara termasuk membina sistem yang baharu dan meletakkan infrastruktur canggih secara berperingkat.
Beliau memaklumkan langkah menangani kesesakan di Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, menjadi keutamaan jawatankuasa kabinet bagi melancarkan pergerakan dan barangan.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan di Persada Johor.