Pertemuan dengan diplomat peluang perkukuh hubungan kerja, teliti kepentingan Malaysia

Foto FB Datuk Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 1 Julai – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata pertemuan dengan diplomat Malaysia ke luar negara penting bagi memperkukuh hubungan kerja, bertukar pandangan serta meneliti perkembangan semasa yang melibatkan kepentingan negara di peringkat antarabangsa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertemuan penting untuk memperkukuh hubungan kerja, bertukar pandangan dan meneliti perkembangan semasa berkaitan kepentingan antarabangsa Malaysia.
  • Fahmi mula mengenali Anwar ketika diplomat itu membantu menjayakan Mesyuarat Menteri Asia Pacific Telecommunity di Tokyo pada 2025.
  • Beliau mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada Anwar selepas menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong.
  • Beliau mendoakan Anwar dikurniakan kemudahan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai wakil Malaysia di Lubnan.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook selepas menerima kunjungan hormat Duta Malaysia ke Lubnan, Anwar Udzir, hari ini.

“Pertemuan seperti ini penting untuk terus memperkukuh hubungan kerja, bertukar pandangan serta meneliti perkembangan semasa yang melibatkan kepentingan Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya.

Datuk Fahmi berkata beliau mengenali Anwar ketika diplomat itu bersama pasukannya membantu menjayakan Mesyuarat Menteri Asia-Pacific Telecommunity (APT) pada 2025.

Anwar menerima watikah pelantikan sebagai Duta Malaysia ke Lubnan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 Mei lalu.

Datuk Fahmi turut mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada Anwar serta mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan kemudahan dalam melaksanakan amanah mewakili Malaysia di Lubnan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.