
RANAU, 21 Oktober – Sebuah rumah penginapan di Kampung Gorowot Sinisian, Kundasang, terjejas akibat kejadian tanah runtuh pada Selasa.
RINGKASAN BERITA AI
- Pasukan JBPM menjalankan penilaian awal untuk kenal pasti keadaan dan tahap risiko runtuhan.
- Tiada mangsa dilaporkan; runtuhan hanya menjejaskan bahagian beranda.
- Pasukan bomba meneruskan pemantauan dan penduduk dinasihatkan sentiasa berwaspada susulan cuaca.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pasukan bomba yang tiba di lokasi, kira-kira 14 kilometer dari balai, menjalankan penilaian awal bagi mengenal pasti keadaan dan tahap risiko kejadian.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat, manakala runtuhan hanya menjejaskan bahagian beranda rumah penginapan berkenaan.
Pasukan bomba akan meneruskan pemantauan bagi memastikan keselamatan penduduk serta keadaan persekitaran.
Penduduk setempat turut dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada susulan keadaan cuaca semasa.