fb fb fb fb fb

Permohonan BYDPA 2025 dibuka sehingga 28 Februari

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Februari- Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 kini boleh dimohon bermula 3 hingga 28 Februari.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan bahawa keutamaan diberi kepada individu cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik, selain mempunyai daya kepimpinan tinggi.

"Biasiswa tersebut ditawarkan kepada pelajar peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (PhD) secara sepenuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia dalam bidang strategik.

"Ini termasuk Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), ekonomi, undang-undang, kewangan Islam serta kecerdasan buatan (AI).

"Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi JPA," menurut kenyataan itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM