Sindiket ‘phone scam’ sasar warga Jepun tumpas

Foto BERNAMA

BATU BERENDAM, 6 Oktober – Polis Melaka menahan 17 warga asing selepas menyerbu sebuah vila di Kampung Bukit Punggor, Alai, yang disyaki dijadikan pusat operasi penipuan telefon atau phone scam menyasarkan mangsa warganegara Jepun, Ahad lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sindiket mula beroperasi sejak awal Ogos 2026; suspek berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan menghubungi mangsa warga Jepun melalui telefon bimbit.
  • Polis merampas barangan bernilai kira-kira RM25,000 termasuk 28 helaian skrip berbahasa Jepun dipercayai berkaitan operasi.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan; semua suspek direman 14 hari manakala status dokumen perjalanan disemak.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Halim Abas berkata, suspek terdiri daripada 11 warga Jepun, empat warga China dan dua warga Myanmar, membabitkan 14 lelaki dan tiga wanita berusia antara 23 hingga 55 tahun.

Polis turut merampas pelbagai barangan yang dipercayai berkaitan kegiatan itu dengan nilai keseluruhan kira-kira RM25,000, termasuk 28 keping kertas cetakan komputer yang dipercayai mengandungi skrip dalam bahasa Jepun.

“Hasil siasatan awal mendapati premis tersebut disyaki digunakan sebagai pusat operasi pusat panggilan bagi menjalankan kegiatan phone scam yang menyasarkan warganegara Jepun.

“Sindiket mula beroperasi sejak awal Ogos 2026 dan kesemua suspek dipercayai berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan atau customer service yang bertanggungjawab mencari dan menghubungi mangsa warganegara Jepun menggunakan panggilan telefon bimbit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, di sini.

Halim berkata, polis kini menganalisis barangan yang dirampas bagi mengenal pasti modus operandi sebenar sindiket, peranan setiap suspek, identiti dalang, mangsa yang terlibat serta aliran kewangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kesemua 17 suspek direman selama 14 hari, bermula 5 hingga 18 Oktober ini bagi membantu siasatan.

Pemeriksaan turut mendapati hanya lima daripada 17 suspek memiliki pasport, manakala status dokumen perjalanan, pas lawatan dan permit kerja mereka masih dalam semakan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.