Perlis rancang pembenihan awan tingkat paras air Empangan Timah Tasoh

Empangan Timah Tasoh di Perlis/ BERNAMA

KANGAR, 22 Ogos – Kerajaan Negeri Perlis merancang untuk menjalankan operasi pembenihan awan bagi meningkatkan paras air, susulan paras air di empangan Timah Tasoh yang membimbangkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan negeri dan agensi berkaitan giat atasi isu bagi memastikan bekalan air bersih untuk semua sektor.
  • Menteri Besar Abu Bakar Hamzah berkata Jabatan Pengairan dan Saluran negeri memantau perkembangan dan paras empangan.
  • Tindakan susulan sedang dirancang untuk meningkatkan paras air yang kini berada pada tahap kritikal.
  • Sementara itu, paras Empangan Timah Tasoh meningkat sedikit kepada 26.50 meter atau 33.13 peratus.

Kerajaan negeri melalui agensi-agensi berkaitan sedang bertungkus lumus mengatasi isu berkenaan bagi membolehkan sumber air bersih terus dapat dibekalkan untuk kegunaan semua sektor di negeri itu.

Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah berkata, pihaknya bersama Jabatan Pengairan dan Saluran (JPS) negeri kini memantau perkembangan semasa dan paras air di empangan berkenaan.

Tindakan susulan sedang dirancang bagi meningkatkan paras air yang kini berada pada paras yang kritikal.

“Pada bulan Mac lepas kita telah melakukan pembenihan awan. Tapi jika keadaan ini berlarutan, besar kemungkinan kita akan melaksanakannya sekali lagi pembenihan awan. Ini bagi memastikan keadaan dan air di situ mencukupi untuk menampung keperluan Perlis”, katanya kepada media selepas program Info on Wheels di Kangar, Perlis.

Bagaimanapun, sehingga Jumaat, paras air Empangan Timah Tasoh mencatatkan sedikit peningkatan iaitu 26.50 meter dengan peratusan 33.13 peratus berbanding sebelum ini iaitu 26.45 meter atau 32.76 peratus.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.