Malaysia, Brunei guna mekanisme ASEAN tangani Jerebu

Foto BERNAMA

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Ogos – Malaysia dan Brunei bersetuju untuk menggunakan mekanisme ASEAN bagi menangani isu pembakaran terbuka di Indonesia yang menjejaskan kualiti
udara terutama di Sarawak serta Brunei.

RINGKASAN BERITA AI
  • Persetujuan dicapai semasa pertemuan empat mata antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.
  • Datuk Seri Anwar menyatakan Malaysia memandang serius isu pembakaran terbuka dan kesan terhadap kualiti udara.
  • Kedua-dua pemimpin meminta Menteri Luar dan menteri berkaitan mengambil tindakan susulan.
  • Surat telah dihantar kepada Sekretariat ASEAN; kenyataan dibuat selepas lawatan rasmi sempena Rundingan Tahunan Pemimpin Ke-27.

Persetujuan itu dicapai pada pertemuan empat mata antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, hari ini.

Menurut Datuk Seri Anwar, Malaysia memandang serius isu pembakaran terbuka di negara jiran yang menyebabkan kualiti udara di beberapa kawasan terjejas teruk.

“Kedua-dua kita setuju supaya menggunakan mekanisme ASEAN, yang terbaik. Dalam hal ini, kita meminta Menteri Luar dan menteri yang berkenaan… kita sudah mengutus surat kepada Sekretariat ASEAN,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengakhiri lawatan kerja rasmi ke Brunei sempena Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam Ke-27 di Bandar Seri Begawan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.