Perkasa institusi pondok tumpuan Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan/Foto BERNAMA 

PUTRAJAYA, 15 April – Memperkasa institusi pondok tanpa menjejaskan autonomi tradisinya dan inisiatif libat urus secara menyeluruh bersama institusi pengajian tinggi (IPT) antara intipati Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

RINGKASAN BERITA AI
  • Cadangan Dr. Zulkifli Hasan untuk pertukaran pelajar dan guru antara sekolah pondok dan institusi pengajian tinggi terpilih.
  • Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menegaskan pengangkatan institusi pondok sebagai agenda nasional.
  • Mesyuarat disertai wakil-wakil daripada tokoh guru pondok, agensi agama, wakil IPT dan aktivis.
  • Kehadiran ulama terkemuka Kelantan Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki serta wakil Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan turut mencadangkan supaya diadakan pertukaran pelajar dan guru-guru antara sekolah pondok dan institusi pengajian tinggi terpilih.

Ia selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menyatakan komitmen tegas untuk mengangkat institusi pondok di negara ini sebagai agenda nasional.

Mesyuarat berkenaan dihadiri wakil daripada pelbagai bidang seperti tokoh guru pondok, agensi agama, wakil IPT dan aktivis.

Antaranya, ulama terkemuka Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki serta wakil Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.