fb fb fb fb fb

Penyanyi legenda Nona Asiah meninggal dunia

Seniwati Nona Asiah meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Besar Changi (CGH), Singapura akibat pelbagai komplikasi kesihatan

KUALA LUMPUR, 30 Julai - Seniwati legenda, Nona Asiah meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Besar Changi (CGH), Singapura akibat pelbagai komplikasi kesihatan.

Berita pemergian penyanyi popular era kegemilangan filem P.Ramlee yang berumur 94 tahun itu disahkan anak bongsunya yang juga pengarah muzik, Indra Shahrir Ismail.

Allahyarham dilaporkan tidak sihat dan dirawat di hospital berkenaan, sejak dua bulan lalu akibat masalah jantung, paru-paru dan buah pinggang.

Allahyarham Nona sangat masyhur sebagai penyanyi latar bagi lagu-lagu filem terbitan Malay Film Production dan Cathay Keris.

Antara lagu yang pernah dirakamkan Allahyarham semasa di zaman kegemilangannya ialah Manusia Miskin Kaya, Jikalau Abang Merindu, Dunia Asmara dan Ingin Tahu.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN