fb fb fb fb fb

Pemberian Paxlovid kepada pesakit COVID-19 diperluas

PUTRAJAYA, 17 Mei - Kementerian Kesihatan (KKM) akan meningkatkan pemberian ubat antiviral bagi rawatan COVID-19, Paxlovid keluaran Pfizer kepada pusat perubatan, klinik swasta dan hospital pengajar dalam masa terdekat.

Ia bagi membolehkan penggunaannya diperluas selain daripada hospital dan klinik kesihatan awam ketika ini.

"Jadi laporan yang kita dapat walaupun masih lagi tengah kumpul, laporan yang kita telah dapat semua yang kita bagi Paxlovid ini dia telah sembuh dan pulih daripada COVID-19. Setakat ini ubat ini sangat berkesanlah," kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ketika ditemui di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri kementeriannya di sini.

(Khairy Jamaluddin ketika ditemu bual wartawan pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan, Putrajaya)

Setakat semalam, KKM sudah memberikan Paxlovid kepada seramai 405 pesakit COVID-19 yang terdiri daripada kelompok golongan berisiko tinggi.

Pemberian ubat tersebut akan terus dipertingkat dan diperluas selepas ini kepada kumpulan pesakit yang lain.

Media Baharu