fb fb fb fb fb

Penggunaan konsep 'Smart Energy System' di Perak, dijangka Ogos

BATU GAJAH, 20 Jun - Masjid Al-Hidayah, Kampung Sri Kulim di sini, bakal menjadi masjid pertama di kawasan itu yang menggunakan konsep 'Smart Energy System', kata Exco Komunikasi, Multimedia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi.

Inisiatif itu selaras langkah menjimatkan penggunaan elektrik di Perak, di samping memacu ke arah pendigitalan.

Projek kerjasama dengan Synergy Alliance Solution itu membolehkan suis elektrik dikawal menggunakan peranti telefon, sekali gus mengurangkan pembaziran elektrik selain memudahkan kawal selia di masjid tersebut.

"Projek percubaan ini jika berjaya, mungkin kita perbanyakkan lagi kerana antara memudahkan urusan para jemaah, ahli jawatankuasa untuk kita kawal selia semua tenaga yang ada seperti lampu, penyaman udara dan sebagainya.

"Kita juga ingin menjimatkan penggunaan ini. Kita sedar dunia ke arah penjimatan tenaga sekarang dan ini satu langkah yang baik dan permulaan yang baik kepada saya dan jikalau ini berkata, Insya-Allah kita akan perbanyakkan lagi di masjid-masjid yang lain,"kata Azlan, di sini.

(Azlan ketika ditemui pemberitaselepas merasmikan Program Smart Masjid di sini)

Tambah Azlan, projek itu dijangka siap pada bulan Ogos tahun ini dan bakal diperluas ke kawasan lain.  

Media Baharu