fb fb fb fb fb

Penggubalan akta khairat dan penubuhan suruhanjaya khairat wajar, rujuk model luar negara

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR, 22 Julai - Jemaah menteri pada Februari dan Jun telah bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Khas bagi melaksanakan kajian kewajaran penggubalan akta khairat dan penubuhan suruhanjaya khairat.

Penubuhannya pada 6 Mei lalu kini dalam fasa kajian dan dijangka selesai pada pertengahan September depan.  
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata penggubalannya dilihat wajar ditambah pula dengan rujukan model luar negara. 
 
"Terdapat model yang kita buat kajian seperti di luar negara yang kita rujuk supaya dapat membantu Malaysia kepada arah pendekatan yang baru seperti model amanah United Kingdom (UK), Singapura, New Zealand dan Australia.

"Antara undang-undang dalam penguatkuasaan pengawalseliaan dan pemantauan amanah ini berasakan kebajikan yang diperuntukkan secara jelas," katanya.

Beliau berkata demikian begi menjawab pertanyaan Senator Datuk Sivaraj Chandran di Dewan Negara, di sini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN