fb fb fb fb fb

Pengambilan secara 'one-off', solusi terhadap kekurangan guru - KPM

KUALA LUMPUR, 10 Ogos- Jumlah kekurangan guru di luar bandar adalah seramai 4,732 orang atau 4.1% daripada jumlah keseluruhan guru, setakat 31 Julai 2022.

Bagi menangani perkara itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan beberapa pendekatan.

Antaranya, menurut Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin, KPM telah menubuhkan jawatankuasa Pengambilan dan Penempatan Guru dan melaksanakan urusan pengambilan guru secara 'one-off' pada tahun 2021.

"Sehingga 31 Julai 2022, seramai 16,381 orang guru telah ditempatkan di sekolah KPM. Daripada jumlah itu, seramai 5,944 orang guru telah ditempatkan di sekolah luar bandar," kata beliau menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Johor, Datuk Jefridin Atan.

Selain itu, KPM turut melaksanakan urusan penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Tahun 2022 selepas menerima calon PPP yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang dianggarkan berjumlah 15,761.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan kekurangan guru di kawasan bandar adalah lebih ramai berbanding di luar bandar dengan 10,000 kekosongan berbanding jumlah keseluruhan 307,000 guru.


(Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Datuk Mohamad Alamin berkata demikian di Parlimen, hari ini)

Media Baharu