fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Perlis berkurang kepada 600

Hamizi Hashim melawat kediaman di Kampung Kubang Gajah

KANGAR, 10 Oktober- Bilangan penduduk terjejas banjir di Perlis berkurang kepada 600 orang berbanding 696 orang pukul 8.00 pagi tadi.
 
Kesemua penduduk ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Ssekolah Kebangsaan (SK) Sena, SK Kubang Gajah, SK Arau dan SK Bintong serta Kolej Vokasional (KV) Kangar.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa dalam kenyataan memaklumkan, PPS SK Guar Nangka yang menempatkan 173 penduduk daripada 54 keluarga ditutup pukul 10.30 pagi tadi setelah banjir surut sepenuhnya di Kampung Gial, kampung Rambai, Kampung Alor Ara dan Kampung Banggol Sena.

Sementara itu PPS SK Sena menempat penduduk terjejas banjir paling ramai iaitu 207 orang daripada 72 keluarga, diikuti PPS SK Arau dengan 178 orang daripada 48 keluarga.
 
PPS SK Kubang Gajah dengan 126 orang daripada 41 keluarga, PS SK Bintong dengan 73 penduduk daripada 22 keluarga serta PPS KV Kangar dengan 16 penduduk daripada lapan keluarga.

Tinjauan RTM di Kampung Kubang Gajah mendapati, walaupun banjir telah surut, namun kawasan kediaman penduduk masih ditakungi air yang dijangka mengambil masa tiga hingga empat hari untuk surut sepenuhnya.

Penduduk yang ditemui RTM Hamizi Hashim berkata, air di kawasan kediamannya mengambil masa untuk surut berikutan air pasang di sebelah laut.

"...untuk kali ini air cepat naik, kalau dah banjir memang ambil masa untuk surut. Ia juga disebabkan perumahan-perumahan depan ini yang menyebabkan air sukar untuk surut.

"Lagi satu air pasang di sebelah laut juga menjadi punca banjir ini susah nak surut. Jadi air banjir tak boleh bergerak dan surut," katanya.

Bagaimanapun ketika ini keadaan cuaca di Perlis cerah namun agensi pengurusan bencana sentiasa bersiap siaga sekiranya berlaku hujan di negeri itu serta fenomena air pasang besar.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI