fb fb fb fb fb

Pelihara seni dan kraf negara - Raja Permaisuri Agong

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menzahirkan harapan agar seni dan kraf Malaysia terus menjadi warisan pada masa akan datang.

Baginda bertitah, semua pihak harus memainkan peranan dalam memelihara seni dan kraf negara, sebelum ia hilang dan pupus ditelan zaman.

"Kita harus berbangga dengan apa yang kita ada. Kita ada kraf dari Semenanjung Malaysia sehingga ke Sabah dan Sarawak. Pelbagai jenis kraf dan seni daripada berbagai kaum dan etnik.

Kitalah yang kena lindungi warisan ini, jika tidak ia akan pupus," titah baginda ketika merasmikan Majlis Pelancaran CIMB Artober 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di ibu negara.

Baginda turut mengunjungi pameran sebelum menyaksikan pertunjukan fesyen CIMB Artober oleh Pink Jambu, Daliey Fazdly dan Radzuan Radziwill.


(FOTO BERNAMA)

 

Media Baharu