TANJUNG BRUAS, 1 Mei- Kenaikan gaji lebih 13 peratus yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar disambut baik orang ramai dan pekerja swasta di negara ini.
Di Melaka, mereka menyifatkan langkah itu bertepatan dengan keperluan semasa dan wajar diperluaskan dalam kalangan pekerja swasta dan sektor-sektor lain di negara ini.
"Saya rasa daripada segi ekonomi sekarang, pendapat saya memang harus naik sebenarnya sebab keadaan ekonomi, harga-harga barang sekarang semakin naik, jadi dengan kadar gaji sekarang saya rasa tidak mencukupi untuk menampung segala kos perbelanjaan masa kini, untuk sekarang," kata orang awam, Siti Aishah Zakaria.
"Kenaikan 13 peratus tu sangat baik untuk pekerja di Malaysia ini, perlu untuk menjana ekonomi rakyat di Malaysia. Bukan sekadar awam je, kena pada swasta juga, baru kita adil," kata orang awam, Afizah Ahmad Sahari.
"Betul, kalau ada kenaikan bonus atau kenaikan gaji ini bagus untuk pekerja swasta, untuk menampung hidup mereka sekaranglah, kos yang makin tinggi itu adalah keperluan yang kita perlukan sekaranglah," kata pekerja swasta, Syukri Amin.