fb fb fb fb fb

Lebih 60 jenama francais Malaysia kini berada di 75 negara

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 6 Oktober- Sebanyak 68 jenama francais Malaysia kini telah berada di 75 buah negara di seluruh dunia.

Presiden Persatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Dr Radzali Hassan berkata pencapaian itu membuktikan kemampuan negara menghasilkan perniagaan francais yang berdaya saing, setanding jenama antarabangsa.

"Malaysia mempunyai potensi yang begitu besar. Insya-Allah sekiranya diberikan peluang untuk mereka ini maju ke depan lagi, dengan adanya penglibatan pihak kerajaan, agensi dan MFA sendiri. Mereka ini boleh dibawa ke tahap yang lebih tinggi. Kita tidak mahu peranan MFA atau francais negara di tahap lokal sahaja, kita mahu bawa mereka ke peringkat global," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Anugerah Francais Malaysia (AFM) 2023 anjuran MFA di sini.

Jelas Ahmad Zahid, Majlis Malam Anugerah Francais ke-25 merupakan pengiktirafan tertinggi kepada penggiat industri Francais di negara ini.

Dalam majlis itu, OldTown White Coffee berjaya memenangi anugerah francais terbaik keseluruhan bagi tahun 2022 menewaskan 24 calon akhir yang bertanding.

MFA merupakan satu-satunya persatuan Francais yang diiktiraf oleh badan francais dunia World Franchise Council (WFC) dan ASEAN Asia Pacific Franchise Confederation (APFC).


(Foto BERNAMA)

Media Baharu