Negara catat KDNK 4.9 peratus tahun 2025

Pertumbuhan KDNK 2025 negara mencatat kadar 4.9 peratus, mengatasi unjuran rasmi.-Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 20 Januari – Malaysia mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 4.9 peratus bagi tahun 2025 mengatasi unjuran rasmi 4.0 hingga 4.8 peratus sebelum ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pendapatan negara dan ringgit mencatat prestasi terbaik dalam tempoh lima tahun, mengukuhkan keyakinan ekonomi.
  • Indeks Bursa mencapai 1,700 mata, tertinggi dalam tujuh tahun, mencerminkan aliran pelaburan positif.
  • Pengangguran turun kepada 2.9 peratus dan defisit fiskal merosot kepada 3.8 peratus, menunjukkan pemulihan ekonomi berterusan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain prestasi KDNK yang membanggakan, prestasi riggit juga mencatatkan kedudukan terbaik dalam tempoh lima tahun kebelakangan.

”Unjuran pertumbuhan tempoh Januari hingga September adalah pada 4.7 peratus, tapi Alhamdulilah angka suku tahun keempat, mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.7 peratus.

”Maka, saya ingin maklumkan pertumbuhan KDNK 2025 mencatat kadar 4.9 peratus, aitu mengatasi unjuran rasmi 4.0 hingga 4.8 peratus, bukan sahaja KDNK berkembang malah prestasi ringgit juga antara yang terbaik dalam tempoh lima tahun, iaitu RM4.05 ketimbang dolar Amerika,” katanya.

Tambah beliau, Indeks Bursa Saham Malaysia juga mencatatkan 1,700 mata iaitu yang tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.

Selain kadar pengangguran juga yang merekodkan penurunan kepada 2.9 peratus, iaitu yang terendah dalam tempoh 11 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

”Ini kerjasama yang berhormat menjamin kestabilan politik dan kesinambungan kejelasan dasar bersama dengan usaha gigih perkhidmatan awam, peniaga dan pelabur.

”Keduanya, tentang hala tuju negara itu agak jelas, sepertimana diumumkan tentang Pelan Induk Perindustrian, Transformasi Digital, peralihan tenaga dan lain-lain. Ketiga kesediaan kerajaan tekad politik melaksanakan pembaharuan dasar yang mencabar, membina keyakinan pelabur termasuk Akta Kewangan dan Tanggungjawab Fiskal.

”Defisit fiskal turun 5.5 peratus pada 2022 kepada 3.8 peratus 2025,” jelas beliau.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Simpang Renggam (BN), Datuk Seri Hasni Mohamad yang meminta Perdana Menteri menyataan faktor menyumbang prestasi pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2025, di Dewan Rakyat.