
INCHEON, 18 Oktober – Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi tiba di Korea Selatan bagi mengadakan lawatan kerja sempena Kongres Dunia Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) 2026 di Gangneung.
RINGKASAN BERITA AI
- Disambut Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Mohd Zamruni Khalid.
- Memimpin delegasi Malaysia lawatan kerja lima hari, 17 hingga 21 Oktober di Gangneung.
- Bertujuan memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam pembangunan infrastruktur dan teknologi pengangkutan pintar.
- Dijadual menyertai beberapa pertemuan serta program rasmi sepanjang berada di Gangneung.
Ketibaan beliau disambut Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Mohd Zamruni Khalid.
Beliau mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan kerja selama lima hari bermula 17 hingga 21 Oktober di Gangneung.
Lawatan berkenaan antara lain bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama antarabangsa, khususnya dalam bidang pembangunan infrastruktur dan teknologi pengangkutan pintar.
Beliau turut dijadual menyertai beberapa pertemuan serta program rasmi sepanjang berada di Gangneung.