Protes desak Netanyahu bertanggungjawab serangan Hamas pada 7 Oktober

Foto Viory

ISRAEL, 18 Oktober – Penunjuk perasaan di Tel Aviv mendesak Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu bertanggungjawab atas kegagalan keselamatan yang membawa kepada serangan Hamas pada 7 Oktober.

RINGKASAN BERITA AI
  • Demonstrasi menentang 'perang' di Gaza dan penjajahan di wilayah Palestin.
  • Para penunjuk perasaan harap pilihan raya membawa perubahan kepimpinan dan menamatkan pemerintahan yang dianggap gagal.
  • Tuduhan bahawa Netanyahu mengabaikan amaran perisikan Mesir, termasuk makluman Abbas Kamel, namun beliau menafikan pertemuan tersebut.

Demonstrasi turut diadakan bagi menentang ‘perang’ di Gaza serta penjajahan di wilayah Palestin.

Salah seorang penunjuk perasaan, Iris Shmueli berkata, demonstrasi menjelang pilihan raya Israel itu penting bagi memastikan suara mereka didengari.

“Saya sangat berharap pilihan raya kali ini akan membawa perubahan kepada kepimpinan kerajaan dan menamatkan pemerintahan kerajaan sedia ada yang jelas gagal,” katanya.

Iris turut mendakwa, Netanyahu hanya mengakui kejayaan bawah pemerintahannya tetapi gagal mengambil tanggungjawab atas kegagalan dalam insiden serangan Hamas pada 7 Oktober.

“Netanyahu gagal dalam segala perkara dan ia tidak boleh dipertikaikan lagi,” ujarnya.

Netanyahu dilaporkan berdepan tuduhan dengan sengaja mengabaikan amaran daripada Mesir mengenai serangan Hamas pada 7 Oktober.

Media melaporkan, Ketua Perisikan Mesir dalam tempoh insiden, Abbas Kamel, telah memberi amaran kepada pegawai Israel mengenai kemungkinan serangan besar-besaran selain, terdapat satu lagi laporan menyatakan Abbas memaklumkan perkara itu secara langsung kepada Netanyahu.

Bagaimanapun, Netanyahu menafikannya dengan mengatakan dirinya tidak pernah bertemu dengan Abbas beberapa bulan sebelum serangan berlaku.-VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.