Art Show 2026, angkat warisan muzik tradisional

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Mohamad Shawali Badi

KUALA LUMPUR, 18 Oktober –Bertemakan “Irama Klasik, Nadi Tradisi”, Art Show: Muzik, Seni, Pendidikan dan Uniti 2026 mengetengahkan elemen seni tradisional melayu dalam usaha memperkukuh, memelihara serta mempromosikan khazanah seni budaya negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penganjuran diperkasa dengan pelbagai aktiviti interaktif termasuk pameran, demonstrasi, persembahan, sesi bicara, bengkel gamelan dan aktiviti pendidikan.
  • Konsep "mendapat ilmu dan berkongsi ilmu" menjadi teras penganjuran bagi menyampaikan ilmu kepada masyarakat melalui JMM.
  • Menampilkan pameran Mak Yong, koleksi alat muzik klasik tradisional dan penggunaan teknologi digital interaktif untuk memelihara serta mempromosi warisan.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Mohamad Shawali Badi berkata, penganjurannya terus diperkasa dengan kepelbagaian aktiviti interaktif merangkumi pameran, demonstrasi, persembahan, sesi bicara, bengkel gamelan serta aktiviti pendidikan.

“Konsep “mendapat ilmu dan berkongsi ilmu” kekal menjadi teras penganjuran program, selaras dengan peranan Jabatan Muzium Malaysia dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat.

“Melalui pengisian program ini, ia menghimpunkan pelbagai aktiviti dan budaya seperti pameran, persembahan kesenian tradisi di pentas terbuka dataran muzium seperti gendang Pahang”, katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Art Show: Muzik, Seni, Pendidikan dan Uniti 2026 di Auditorium Jabatan Muzium Negara, di sini.

Memasuki empat tahun penganjuran, tarikan utama kali ini merangkumi pameran seni persembahan Mak Yong, warisan seni tradisional Melayu yang diiktiraf UNESCO pada 2005, sekali gus memperkukuh usaha memelihara dan mempromosikan khazanah seni budaya negara.

Ia turut menampilkan koleksi terpilih alat muzik klasik dan tradisional di samping penggunaan teknologi digital dan elemen interaktif dalam gerak persembahan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.