JPN N.Sembilan perkasakan perkhidmatan menerusi Karnival JPN Discovery

Foto JPN

SEREMBAN, 18 Oktober – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sembilan, terus memperkasa penyampaian perkhidmatan kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif
termasuk pendedahan mengenai Mykad generasi baharu dan perkhidmatan kaunter bergerak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Karnival JPN Discovery edisi ketiga diadakan di pusat beli-belah bersempena sambutan Hari Pendaftaran Negara ke-78, 2026.
  • Bermula 17 Oktober, karnival dua hari menjadi platform mendekatkan perkhidmatan JPN kepada masyarakat.
  • Menampilkan pameran rekod tertua JPN Negeri Sembilan dan pameran penguatkuasaan.
  • Aktiviti interaktif turut disediakan serta episod podcast Beceghabih Nogori Style.

Inisiatif itu antara tumpuan Karnival JPN Discovery edisi ketiga yang berlangsung di sebuah pusat beli-belah di sini bersempena sambutan hari Pendaftaran Negara ke-78 tahun 2026.

Berlangsung selama dua hari, bermula 17 Oktober, karnival itu menjadi platform untuk mendekatkan perkhidmatan JPN kepada masyarakat.

Antara perkara yang boleh diberi perhatian ialah pendedahan mengenai Mykad generasi baharu, khususnya dari segi ciri, keselamatan dan kepentingannya sebagai dokumen pengenalan diri rasmi rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, perkhidmatan van kaunter bergerak mekar turut menjadi antara kemudahan yang diperkenalkan kepada pengunjung.

Pendekatan kaunter bergerak ini berpotensi memudahkan masyarakat mendapatkan akses kepada perkhidmatan JPN, khususnya bagi mereka yang menghadapi kekangan untuk berurusan di pejabat tetap.

Selain itu, karnival JPN Discovery edisi ketiga turut menawarkan pameran rekod tertua JPN Negeri Sembilan, pameran penguatkuasaan, aktiviti interaktif serta podcast Beceghabih Nogori Style.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.