Ribut petir melibatkan enam negeri, Labuan hingga 1 pagi

Foto FB Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR, 18 Oktober – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir membabitkan beberapa kawasan di enam negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga 1 pagi esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perlis keseluruhan dan beberapa daerah Kedah terjejas: Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Kota Setar, Pendang.
  • Pahang terjejas termasuk Bentong, Bera, Temerloh, Pekan dan Rompin; Negeri Sembilan melibatkan Jelebu dan Jempol.
  • Sarawak terlibat meliputi Kuching, Samarahan, Serian, Limbang dan Miri; Sabah melibatkan kawasan Pedalaman, Tawau dan Sandakan.

Menerusi hantaran di Facebook, MetMalaysia memaklumkan lokasi yang terjejas di Semenanjung melibatkan seluruh Perlis serta beberapa daerah di Kedah, masing-masing Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Kota Setar dan Pendang.

Di Pahang melibatkan kawasan seperti Bentong, Bera, Temerloh, Pekan dan Rompin, manakala di Negeri Sembilan membabitkan Jelebu serta Jempol.

Amaran serupa dikeluarkan bagi Sarawak yang meliputi Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Serian (Siburan), Limbang serta Miri (Marudi, Telang Usan, Beluru dan Miri).

Sementara itu, di Sabah, kawasan terjejas melibatkan Pedalaman (Membakut, Keningau, Pensiangan, Kuala Penyu, Sook, Tenom, Sipitang dan Beaufort), Tawau (Lahad Datu, Kunak, Kalabakan dan Tawau) serta Sandakan (Kinabatangan dan Tongod), selain keseluruhan Wilayah Persekutuan Labuan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.