Nahas Helikopter : Pengiraan bayaran ex-gratia diperincikan

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

TAIPING, 21 September – Pengiraan skim bayaran pampasan (ex-gratia) kepada pihak yang terlibat dalam insiden pesawat Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas sedang diperincikan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Urusan diselaraskan bersama pihak berkaitan kerana bayaran mempunyai beberapa pecahan; pengiraannya masih dijalankan.
  • Proses tuntutan faedah persaraan ex-gratia diselaraskan dengan Bahagian Pencen JPA dan Kementerian Kewangan.
  • Perincian tidak didedahkan; pengiraan dibuat sangat terperinci dan keseluruhan perkara sedang dihitung.
  • Jumlah serta tempoh bayaran belum ditetapkan sehingga proses pengiraan dan keputusan selesai.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, urusan berkenaan sedang diselaraskan bersama pihak berkaitan susulan bayaran berkenaan mempunyai beberapa pecahan dan pengiraannya masih sedang dilakukan.

“Kami sedang mengambil tindakan untuk memastikan kelancaran proses tuntutan faedah persaraan secara ex-gratia bersama Bahagian Pencen JPA dan Kementerian Kewangan (MOF).

“Perinciannya saya tidak boleh sebutkan, tetapi pengiraan yang dibuat sangat terperinci dan mereka sedang menghitung keseluruhan perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Hospital Taiping di sini.

Jumlah serta tempoh bayaran belum dapat ditetapkan sehingga proses pengiraan dan keputusan berkaitan selesai.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.