fb fb fb fb fb

Nahas helikopter: Jenazah Muhammad Firdaus selamat dikebumi

Lebih 1,000 orang termasuk pegawai dan anggota pasukan tentera turut berada di masjid.

GEORGE TOWN, 24 April- Jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli, 44, yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, selamat dikebumi di kampung halamannya di Sungai Nibong, Pulau Pinang.

Jenazah Allahyarham dikebumikan dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, kira-kira pada pukul 8.50 malam tadi. 

Lebih 1,000 orang termasuk pegawai dan anggota pasukan tentera turut berada di Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.

Panglima Tentera laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayub, kemudian menyampaikan bendera kepada isteri Allahyarham, Soffiyah Sadon,42, bersama anak tunggal lelakinya Muhammad Anas, 4 tahun pada penghujung istiadat pengebumian itu.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia Pulau Pinang, Mejar Jeneral Datuk Azhan Md Othman.

Terdahulu, kira-kira pada pukul 7.40 malam tadi, jenazah Allahyarham tiba dari Kem Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh.

Artikel Berkaitan:
Nahas helikopter: Mendiang Sivasutan simbol keceriaan dalam keluarga- Bapa
Tragedi helikopter: Suasana hiba, sayu selubungi sanak saudara mangsa
Tragedi helikopter: Jenazah Muhamad Amir dijangka dikebumi malam ini
Nahas helikopter TLDM: Laporan interim siap dalam tempoh dua minggu
Senarai nama 10 individu dalam nahas helikopter terhempas di pangkalan TLDM


NIZAHA BINTI ABDUL KAREM