fb fb fb fb fb

Seleweng diesel bersubsidi, KPDN KL merekodkan nilai rampasan lebih RM500,000

Pengarah KPDN KL, Ariffin Samsudin

KUALA LUMPUR, 24 April- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur berjaya merekod nilai rampasan berkaitan penyelewengan minyak diesel bersubsidi sebanyak RM610,000 dan 10 kes sepanjang Ops Tiris 3.0 dilaksanakan tahun ini.

Pengarahnya, Ariffin Samsudin berkata kesemua nilai rampasan dan kes tersebut melibatkan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi.

Menerusi Ops Jeriji pula, 16 individu berjaya ditangkap melibatkan 13 warga tempatan dan tiga warga asing.

"Jadi, sekali lagi saya memberi amaran keras supaya tidak melanggar undang-undang sedia ada."

"Selain itu, tidak mengambil kesempatan terhadap subsidi yang telah diberikan oleh pihak kerajaan," kata Ariffin kepada pemberita dalam satu sidang media di ibu negara.

Dalam pada itu, mengenai pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri, Ariffin menjelaskan bahawa sebanyak 319 pemeriksaan telah dijalankan ke atas premis perniagaan sekitar ibu negara sepanjang 15 hari pelaksanaannya.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM