fb fb fb fb fb

Tragedi helikopter: Jenazah Muhamad Amir dijangka dikebumi malam ini

Maklumat tersebut dikongsikan oleh adik ipar Allayarham, Izwan Firdaus Mohd Sapari.

SEGAMAT, 24 April- Jenazah Allayarham, Komander Muhamad Amir Mohamad, dijangka tiba di FELCRA Bukit Kepong, Segamat, sekitar pada pukul 10.00 malam ini.

Jenazah dibawa keluar dari Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja Ipoh, kira-kira pada pukul 6.00 petang tadi.

Maklumat tersebut dikongsikan oleh adik ipar Allayarham, Izwan Firdaus Mohd Sapari.

Jenazah dijangka akan dibawa ke Masjid Al-Muqorobbin, FELCRA Bukit Kepong untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam FELCRA Bukit Kepong pada malam ini.

Tinjauan di masjid tersebut setakat pada pukul 7.00 malam tadi mendapati warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan penduduk telah berada di pekarangan masjid, menantikan ketibaan Jenazah.

Artikel Berkaitan:
Tragedi helikopter: Tiga mangsa alumni UTM
Nahas helikopter TLDM: Lapan jenazah selesai disolatkan, dikebumi di kampung halaman
Nahas helikopter TLDM: Laporan interim siap dalam tempoh dua minggu
Nahas helikopter TLDM: Bedah siasat 10 mangsa selesai
Senarai nama 10 individu dalam nahas helikopter terhempas di pangkalan TLDM

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM