fb fb fb fb fb

Senarai nama 10 individu dalam nahas helikopter terhempas di pangkalan TLDM

Keadaan helikopter terhempas di pangkalan TLDM

KUALA LUMPUR, 23 April- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan 10 individu terlibat dalam nahas helikopter terhempas di pangkalan TLDM.

TLDM dalam satu kenyataan menyenaraikan 10 individu berkenaan, masing-masing tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM.

Pesawat HOM (M503-3) - empat orang kru dan tiga penumpang:

(1) Komander Muhammad Firdaus bin Ramli TLDM - Pegawai Memerintah Skuadron 503.
(2) Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal bin Wan Zainal Abidin TLDM.
(3) Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris bin Mohamad Marzukhi TLDM.
(4) Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol bin Tamadun.
(5) Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi binti Mohd Saedy (Penumpang).
(6) Bintara Muda TNL Noor Rahiza binti Anuar (Penumpang).
(7) Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna (Penumpang).

Sementara itu, Pesawat Fennec (M502-6) melibatkan tiga orang kru iaitu Komander Muhamad Amir bin Mohamad TLDM - Pegawai Memerintah Skuadron 502; Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan TLDM dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan bin Mohd Termizi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, TLDM turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Pengurusan jenazah akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi tentera laut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI