
KUALA LUMPUR, 8 April- Kementerian Pendidikan (KPM) akan menawarkan tempat kepada semua 6,717 calon yang memperoleh keputusan cemerlang 10A ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 ke Program Matrikulasi bagi sesi 2026/2027.
RINGKASAN BERITA AI
- KPM menawarkan tempat kepada semua 6,717 calon 10A SPM 2025 ke Program Matrikulasi sesi 2026/2027.
- Tawaran automatik diberikan kepada semua pemohon tanpa mengira kaum dan latar belakang.
- Kuota kemasukan Matrikulasi kekal 90 peratus bumiputera dan tidak terjejas.
KPM memaklumkan tawaran automatik itu diberikan kepada semua calon yang memohon program berkenaan tanpa mengambil kira kaum dan latar belakang.
“Pada masa sama, kuota kemasukan 90 peratus bumiputera ke program Matrikulasi kekal dan tidak terjejas,” menurut kenyataan hari ini.