Gencatan senjata: ‘Trump tidak boleh dipercayai’, kata rakyat AS

Foto AFP

WASHINGTON, 8 April – Sekumpulan penunjuk perasaan berhimpun di sekitar White House di sini bagi menyuarakan rasa tidak percaya terhadap kepimpinan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penangguhan serangan dua minggu tidak menyelesaikan masalah; Trump dianggap ancaman kepada keselamatan global.
  • Rakyat tidak percaya kata-kata Trump dan mempersoalkan kelayakan beliau untuk terus memegang jawatan.
  • Protes juga bertujuan mendidik generasi muda supaya peka serta tidak menganggap kenyataan Trump serius.

Ini termasuk kenyataan terbaharu Trump berhubung penangguhan operasi pengeboman ke atas Iran selama dua minggu.

Salah seorang peserta, Stephanie Fox berkata, langkah itu tidak menyelesaikan sebarang masalah, malah menganggap Trump sebagai ancaman kepada keselamatan global.

“Dua minggu tidak mengubah apa-apa. Keadaan ini perlu ditamatkan segera,” katanya.

Seorang lagi penunjuk perasaan, Hari Kirtana menegaskan, Presiden itu tidak boleh dipercayai dalam sebarang kenyataan atau tindakan.

Sekali gus mempersoalkan kelayakannya untuk terus memegang jawatan berkenaan.

“Kita tidak boleh bergantung kepada apa yang diperkatakan Trump mengenai tindakan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Stephanie Johnson berkata beliau tidak lagi mengambil serius kenyataan Trump, selain menyatakan kehadirannya dalam protes tersebut bagi mendidik generasi muda supaya peka terhadap perkembangan semasa.

“Saya mahu anak saya faham apa yang berlaku di sekeliling dan mengapa ia penting,” katanya.