fb fb fb fb fb

Tragedi helikopter: Suasana hiba, sayu selubungi sanak saudara mangsa

Kehadiran mereka bagi menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir.

SIK, 24 April- Suasana hiba dan sayu menyelubungi sanak saudara salah seorang mangsa tragedi helikopter, Allahyarham Muhammad Faisol Tamadun di Kampung Tanjung, Kedah.

Kehadiran mereka bagi menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir.

Mereka seakan-akan tidak percaya yang Allahyarham telah pergi buat selamanya kerana baru sahaja bertemu meraikan Aidilfitri bersama-sama, baru- baru ini.

"Sangat-sangat terasa, walaupun kami sepupu, kami antara sepupu yang paling rapat," kata sepupu Allahyarham, Azila Manan.

"Hubungan saya anak saudara yang perempuan, suami dialah yang meninggal,memang rapat, amat terkejut sekalilah semua keluarga dari Pantai Merdeka datang sini," kata bapa saudara Allahyarham, Mohd Taib Saidon.

"Allahuakhbar, doakan terbaik, tiada siapa, ayah tiada, mak pun tiada, anak pula meninggal, tinggal kami empat beradik," kata kakak ibu saudara Allahyarham, Robiah Abdullah.

Sementara itu, abang Allahyarham, Mohd Tarmizi Tamadun menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kerana banyak membantu menguruskan jenazah adiknya.

"Terima kasih kepada pihak TLDM, sebab banyak membantu melancarkan pengurusan daripada segi penggalian liang lahad, bantu bawa balik jenazah dan lain-lain lagi. Kami reda dengan apa yang berlaku," kata Mohd Tarmizi.

Difahamkan, kenderaan membawa jenazah Allahyarham telah bergerak kira-kira pada pukul 6.00 petang tadi dan dijangka tiba di Sik kira-kira pada pukul 10.00 malam ini.

Artikel Berkaitan:
Nahas helikopter TLDM: Lapan jenazah selesai disolatkan, dikebumi di kampung halaman
Nahas helikopter TLDM: Laporan interim siap dalam tempoh dua minggu
Bedah siasat 10 mangsa nahas helikopter dijangka siap tengah hari esok
Nahas helikopter TLDM: Identiti 10 mangsa terkorban dikenal pasti

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM