fb fb fb fb fb

Nahas helikopter TLDM: Laporan interim siap dalam tempoh dua minggu

Nahas yang melibatkan dua helikopter TLDM di Lumut, Perak semalam

PUTRAJAYA, 24 April- Laporan interim mengenai tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja (TLDM) terhempas di Lumut, Perak semalam akan siap dalam tempoh dua minggu.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata komitmen itu dinyatakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

"Menteri Pertahanan telah memberi komitmen laporan interim akan disediakan dalam tempoh dua minggu, manakala laporan penuh akan diterbitkan atau disediakan dalam tempoh sebulan dari sekarang,” katanya.

Tambahnya, pengumuman itu nanti turut menyentuh mengenai bentuk bantuan kepada waris dan keluarga mangsa tragedi berkenaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya.

Dalam kejadian pagi semalam, 10 anggota dan pegawai TLDM maut dalam insiden dua helikopter terhempas ketika sedang menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

ROSLINA BINTI DIN