fb fb fb fb fb

MyCARE sumbang 200,000 khemah untuk penduduk Gaza

Foto AFP

KUALA LUMPUR, 4 Februari- Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) akan menyumbang 200,000 khemah menerusi fasa terbaru misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Menurut Pengurus Kanan, Media dan Advokasi Mycare Khalid Jimat, bantuan khemah itu sangat diperlukan oleh penduduk Palestin berlindung khususnya untuk menghadapi musim sejuk.

"Ketika ini, masih lagi musim sejuk di Gaza. Antara perkara yang terkandung dalam perjanjian adalah untuk membawa masuk 200,000 khemah dan 60,000 karavan ke Gaza kerana kebanyakan rumah telah musnah.

"Jadi, mereka sangat memerlukan khemah-khemah ini untuk menempatkan pelarian-pelarian Palestin, insya-Allah," katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan terbitan RTM di sini, hari ini.

Dalam pada itu, MyCARE juga akan terus memantau situasi terkini di Gaza, termasuk kemungkinan sekatan baharu terhadap kemasukan barang bantuan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM