
JOHOR BAHRU, 15 April – Jabatan Imigresen (JIM) Johor akan melaksanakan satu inisiatif baharu dalam perkhidmatan di Bahagian Keselamatan dan Pasport yang dikenali sebagai ‘MY Passport Drive In And Take’ (MY PDT) di Pejabat Imigresen Setia Tropika, di sini.
- Uji cuba dijalankan selama tiga hari pada 16, 17 dan 20 April, membolehkan pemohon mengambil pasport secara pandu masuk.
- Fokus kepada pemohon dalam talian, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan wanita hamil.
- Perkhidmatan khusus untuk penyerahan pasport selepas membuat permohonan; bawa kad pengenalan, pasport lama dan resit bayaran bercetak.
Menerusi kenyataan JIM Johor, pelaksanaan uji cuba ini akan dijalankan selama tiga hari bermula 16,17 dan 20 April ini yang membolehkan pemohon mendapatkan pasport secara pandu masuk.
Inovasi itu merupakan pertama kali diperkenalkan dalam negara bertujuan melancarkan proses penyerahan pasport kepada pemohon.
MY PDT memberi fokus kepada individu memohon dalam talian, selain warga emas, orang kurang upaya (OKU), dan wanita hamil.
Perkhidmatan ini khusus kepada kaedah penyerahan pasport setelah pemohon telah membuat permohonan sebelum ini.
Pemohon terlibat perlu membawa kad pengenalan, pasport lama, serta resit bayaran bercetak.