fb fb fb fb fb

MITI tubuh Pasukan Petugas Khas Tenaga Penerbangan Mampan kurangkan jejak karbon

(Foto FB MITI)

KUALA LUMPUR, 16 Ogos- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menubuhkan Pasukan Petugas Khas Tenaga Penerbangan Mampan dalam usaha mengurangkan jejak karbon industri aeroangkasa.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pasukan tersebut akan dianggotai wakil kerajaan dan sektor swasta termasuk Malaysia Aviation Group, Air Asia dan Petronas.

Beliau berkata pasukan itu akan mengemukakan cadangan dasar dan menyelaraskan perkongsian awam-swasta termasuk pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF) di negara ini.


(Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) 

"Usaha ini bagi memastikan sasaran berkaitan SAF dapat dicapai. Kita mahu SAF ini menjadi satu keutamaan bagi jangka masa masa tertentu yang selaras dengan agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus serta matlamat Malaysia untuk muncul sebagai sebuah negara neutral karbon menjelang 2050.

"Kita juga mahu menjadikan Malaysia bukan sahaja sebagai negara yang dapat membina infrastruktur, tapi menjadi perintis dalam mempelopori industri aeroangkasa ini", katanya kepada media selepas merasmikan acara Sidang Kemuncak Aeroangkasa Malaysia 2022 (MyAERO’22) di sini.

Katanya, usaha ini akan mengukuhkan kedudukan negara sebagai perintis industri aeroangkasa menggunakan teknologi hijau seterusnya menyumbang kepada alam sekitar yang lebih bersih dan selamat.

Media Baharu