Menteri Luar 12 negara termasuk Malaysia kutuk serangan udara Zionis ke atas Syria

Keadaan di Syria selepas serangan rejim Zionis/ AFP

KUALA LUMPUR, 22 Ogos Menteri-Menteri Luar 12 negara termasuk Malaysia mengecam keras serangan udara Israel yang menyasarkan pangkalan udara Abu al-Duhur di barat laut Syria.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan udara Israel dianggap peningkatan ketegangan dan pelanggaran kedaulatan, integriti wilayah serta kesatuan politik Syria.
  • Kebimbangan mendalam terhadap pemusnahan wilayah dan infrastruktur yang mengancam pemulihan keselamatan dan pembinaan semula institusi negara.
  • Pencabulan berterusan berisiko menjejaskan keamanan, kestabilan serantau dan menghina undang-undang antarabangsa serta prinsip Piagam PBB.
  • Desakan tindakan antarabangsa tegas dan langkah konkrit, termasuk penghormatan Perjanjian Pemisahan 1974 dan pengunduran tentera yang mencegah peningkatan ketegangan.

Menteri Luar Malaysia, Turkiye, Algeria, Indonesia, Jordan, Lubnan, Mauritania, Pakistan, Palestin, Qatar, Arab Saudi dan Somalia dalam kenyataan bersama, menyifatkan serangan itu sebagai peningkatan ketegangan yang amat serius serta pelanggaran terang-terangan terhadap kedaulatan, integriti wilayah dan kesatuan politik Syria.

“Para menteri melahirkan kebimbangan mendalam terhadap tindakan berterusan menyasarkan dan memusnahkan wilayah serta infrastruktur Syria.

“Tindakan sedemikian secara langsung berisiko menjejaskan usaha berterusan Syria untuk memulihkan keselamatan, membina semula institusi negara serta menangani kesan kemanusiaan akibat konflik berpanjangan selama bertahun-tahun,” menurut kenyataan itu.

Pencabulan berterusan Israel terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah Syria berisiko meningkatkan lagi ketegangan, menjejaskan keamanan dan kestabilan serantau serta menghakis penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Pada masa sama masyarakat antarabangsa digesa mengambil pendirian tegas, jelas dan berprinsip terhadap pencerobohan berterusan terhadap Syria, selain mengambil langkah konkrit, selaras dengan undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB, bagi menghentikan pencabulan berkenaan.

“Langkah itu termasuk memastikan penghormatan sepenuhnya terhadap Perjanjian Pemisahan 1974, pengunduran tentera Israel dari kawasan yang didudukinya serta mencegah peningkatan ketegangan dan melindungi keamanan serta kestabilan serantau,” tambah kenyataan itu.

Kenyataan sama turut menegaskan kepentingan menghormati kedaulatan, kemerdekaan, keutuhan wilayah dan kesatuan politik Syria, selain menolak sebarang usaha untuk menjejaskan prinsip-prinsip berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.