Kempen Internet Selamat terus diperkasa di peringkat sekolah, IPT

Konvensyen PIBG Internet Selamat 2026 peringkat Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 22 Ogos – Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) meneruskan komitmen pelaksanaan program Kempen Internet Selamat di peringkat pelajar sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

RINGKASAN BERITA AI
  • Tumpuan utama ialah memberi maklumat dan kesedaran kepada guru dan ibu bapa mengenai keselamatan siber dalam kalangan pelajar.
  • PIBG dijemput hadir untuk pendedahan program, dan NADI sedia bekerjasama dengan sekolah bagi pelaksanaan.
  • Sebanyak 5,946 sekolah kebangsaan, 524 SJKT dan 1,285 SJKC telah melaksanakan Program Internet Selamat, melibatkan hampir 310,000 peserta.
  • Selain itu, 2,416 program di sekolah menengah dan 68 di IPT. Sejak Januari lalu 13,450 program melibatkan 2.19 juta peserta.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, tumpuan utama diberikan kepada memberi maklumat dan kesedaran kepada pihak guru dan ibu bapa mengenai keselamatan siber dalam kalangan pelajar.

Ketika ini, wakil ibu bapa daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang hadir ke semua siri jelajah.

“Kita menjemput PIBG untuk hadir supaya kita dapat memberikan pendedahan mengenai program ini kepada mereka.

“Sekiranya mereka bersetuju bahawa program ini penting untuk ibu bapa dan pihak sekolah, MCMC melalui NADI sedia bekerjasama dengan sekolah untuk melaksanakannya, sama ada di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) atau di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen PIBG Internet Selamat 2026 peringkat Negeri Johor, di sini.

Sehingga kini, sebanyak 5,946 sekolah kebangsaan, 524 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan 1,285 Sekolah Jenis Kebangsaan China (SJKC) telah melaksanakan Program Internet Selamat melibatkan keseluruhan hampir 310,000 peserta.

Selain itu turut dilaksanakan 2,416 program di sekolah menengah kebangsaan dan 68 lagi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Sejak mula dilaksanakan Januari tahun lalu, sebanyak 13,450 program Internet Selamat telah dilaksanakan di seluruh negara membabitkan penyertaan 2.19 juta peserta.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.