Festival Ambang Merdeka 2026 dijangka tarik 100,000 pengunjung

Faizal Mahmod

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Festival Ambang Merdeka 2026 akan berlangsung selama tiga hari di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, bermula 29 hingga 31 Ogos ini dan dijangka menarik 100,000 pengunjung.

RINGKASAN BERITA AI
  • DBKL tampilkan enam segmen utama gabungkan seni, budaya, hiburan dan teknologi untuk pengalaman festival lebih menyeluruh.
  • Pendekatan festival menyemarakkan semangat patriotik serta mengangkat warisan negara dan kepelbagaian seni budaya.
  • Program termasuk konsert multimedia dengan elemen digital serta animasi dan projection mapping di Bangunan Sultan Abdul Samad.
  • Konsert Ambang Merdeka ditaja CIMB angkat naratif perpaduan sejak sebelum merdeka, diakhiri segmen hitung detik sebagai kemuncak.

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Faizal Mahmod berkata, selaku penganjur, enam segmen utama ditampilkan dengan gabungan seni, budaya, hiburan dan teknologi diketengahkan pada festival berkenaan sekali gus memberikan pengalaman lebih menyeluruh dan bermakna kepada masyarakat.

Pendekatan itu, dilihat sebagai medium dalam menyemarakkan semangat patriotik serta mengangkat warisan negara selain menggalakkan masyarakat menghargai dan menghayati kepelbagaian seni dan budaya negara.

”Kita mempunyai beberapa segmen utama, antaranya konsert multimedia yang menampilkan elemen digital dan animasi, selain segmen projection mapping yang akan menggunakan konsep pencahayaan di Bangunan Sultan Abdul Samad.

“Seterusnya, kita akan mengadakan Konsert Ambang Merdeka yang ditaja CIMB sebagai pengisian utama, dengan naratif yang menceritakan perjalanan perpaduan dan kebersamaan rakyat serta kerajaan Malaysia sejak sebelum merdeka hingga ke hari ini.

“Acara akan diakhiri dengan segmen hitung detik yang menjadi kemuncak sambutan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media di sini hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.