
KUALA LUMPUR, 12 Mei – Malaysia dan China sepakat memperkasa pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi Malaysia–China Institute (MCI).
- Peruntukan RM500 juta dan bekalan peralatan teknologi terkini, termasuk kenderaan elektrik, untuk tujuan pembelajaran dan latihan TVET.
- MCI menumpukan kepada TVET tahap tinggi dan teknologi baharu, berbeza dengan institut lain seperti GMI dan MJII.
- Kerjasama merangkumi bukan sahaja pemasangan tempatan tetapi juga komponen pengeluaran dan peralatan diperlukan industri, dengan lebih banyak alat akan dihantar.
Kolaborasi itu merangkumi peruntukan RM500 juta dan penyediaan pelbagai peralatan teknologi terkini termasuk kenderaan elektrik (EV) untuk tujuan pembelajaran serta latihan.
“Sebagai terjemahan komitmen China dan Malaysia kita telah menubuhkan MCI dan kita akan menumpukan MCI ini sebagaimana beberapa institusi lain seperti German-Malaysia Institute (GMI), seperti Malaysia-Japanese Industrial Institute (MJII) dan sebagainya yang seakan sama tapi dengan China ia agak berbeda kerana kita hanya menumpukan kepada high tvet, teknologi baharu,” katanya dalam Sidang Media selepas merasmikan Forum Malaysia China mengenai EV, Bateri dan Pembangunan Tenaga Mahir Baharu dan Inovasi (MCEF 2026) di ibu negara.
Forum turut dihadiri Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.
Setakat ini MCI telah menerima EV baharu bagi tujuan pembelajaran khusus untuk pelajar TVET, dan pihak China juga akan menghantar lebih banyak peralatan untuk digunakan dalam sesi pembelajaran akan datang.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid menegaskan, kerjasama tersebut tidak terhad dalam pembinaan teknologi pemasangan tempatan (CKD), malah mencakupi komponen pengeluaran dan juga peralatan yang diperlukan oleh industri di China.