fb fb fb fb fb

MBSA akan buka lebih banyak pusat kitar semula

SELANGOR, 14 Disember- Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan membuka lebih banyak pusat kitar semula bagi mendidik penduduk untuk lebih bertanggungjawab terhadap alam
sekitar.

Datuk Bandarnya Dr Nor Fuad Abdul Hamid berkata setakat ini pihaknya mempunyai 16 pusat kitar semula untuk kemudahan masyarakat setempat menghantar barangan terpakai.

 
(Datuk Bandaraya Shah Alam, Dr Nor Fuad Abdul Hamid)

Setakat November lalu katanya, Pusat Kitar Semula Komuniti Seksyen U13 sahaja berjaya megumpul 223 metrik tan bahan terpakai antaranya kertas, tin, aluminium, pakaian, botol kaca dan kotak minuman.

Pihaknya kini giat melaksanakan program amalan dan kutipan kitar semula di peringkat komuniti dan sekolah.

Antara yang akan dilakukan ialah lantikan duta sifar sisa bagi 2022/2023 yang berperanan sebagai ejen penyampai maklumat dan memperkasa pertandingan kitar semula minyak masak terpakai.

Media Baharu