
SENDAYAN, 15 Mei – Majlis Belia Malaysia, (MBM) menerima peruntukan sebanyak RM5 juta, bertujuan memperkukuh peranan badan induk itu dalam memacu pembangunan belia.
- Peruntukan ditambah RM1 juta berbanding tahun lalu sebagai pengiktirafan kepada peranan MBM.
- MBM satu-satunya persatuan belia di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan.
- Perdana Menteri merasmikan Sambutan Hari Belia Negara sebagai sokongan kepada agenda belia.
- Kerajaan mahu melahirkan generasi muda progresif yang menjadi penyumbang kepada pembangunan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tambahan peruntukan sebanyak RM1 juta berbanding tahun lepas, sebagai pengiktirafan kepada peranan MBM melaksanakan program pembangunan belia.
“”Majlis Belia Malaysia, satu-satunya persatuan belia di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan, memainkan peranan menyokong pelbagai program pembangunan golongan muda. Jadi tahun ini saya setuju tambah jadi RM5 juta berbanding tahun lepas, RM4 juta.
“Kerajaan komited memastikan agenda pembangunan belia terus diberi perhatian,sejajar usaha melahirkan generasi muda yang progresif serta menjadi penyumbang kepada pembangunan negara,”katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Belia Negara, (HBN) di sini.